JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH (MKS)


1.                  JAWATANKUASA  PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH (MKS)
Pengerusi                         :                 Pengetua
Timbalan Pengerusi         :                 Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1             :                 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2             :                 Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha                        :                 Kaunselor
AJK                                 :                 S/U Kurikulum
                                         :                 S/U Unit HEM
                                         :                 S/U Kokurikulum

Bidang Tugas :
·         Berfungsi terus kepada pengetua
·         Bertanggungjawab untuk memastikan semua visi dan misi sekolah tercapai dengan jayanya.
·         Menjalankan tugas berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan pelajaran serta Arahan Perbendaharaan, Perintah Am dan Surat-surat Pekeliling Am/Khusus yang berkaitan.
·         Bertindak sebagai badan tertinggi sekolah yang memainkan peranan sebagai perancang menyeluruh bagi pembangunan dan kemajuan sekolah.
·         Berfungsi sebagai Lembaga Tatatertib kakitangan sekolah.
·         Menentukan peruntukan guru dan kakitangan serta tugasan mengikut opsyen dan bidang masing-masing.( bergantung kepada bilangan guru yang ada)
·         Merancang, mengelola,mengawal selia dan menilai segala bentuk aktiviti pengurusan  sekolah sepanjang masa.
·         Merancang kemajuan dan pembangunan fizikal sekolah.
·         Merancang dan menyelia pengurusan kurikulum,hal ehwal guru,staf sokongan dan murid serta pengurusan kokurikulum.
·         Membimbing guru dan kakitangan bukan guru dalam melaksanakan matlamat dan objektif sekolah dan pendidikan Negara.
·         Membuat dan mengeluarkan arahan dan peraturan untuk kakitangan guru dan bukan guru bagi melaksanakan setiap jenis tugas samada dalam bidang pentadbiran dan tatatertib,kurikulum dan kokurikulum.
·         Mengagih dan menyelia tugas-tugas kepada semua guru dan anggota kakitangan sekolah.
·         Membantu Pengetua membuat pemantauan akademik dan penilaian prestasi guru dan kakitangan bukan guru dari masa ke semasa.
·         Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...