LENCANA



Lencana SMU (A) Nurul Huda telah diilhamkan sendiri oleh pengasasnya iaitu Allahyarham Alhaqirul-faqir Wan Ahmad bin Wan Abdullah. Pengertian pada lencana ini mempunyai maksud yang amat baik dan mendalam.

            Simbol buku dan perkataan “Iqra’” merupakan satu maksud yang berkait rapat iaitu ‘bacalah’. Perkataan tersebut merupakan perkataan pertama yang diucapkan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah S.A.W. Peristiwa itu membuktikan bahawa ilmu merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan manusia.
            Warna hijau melambangkan warna-warna syurga, warna kesukaan Rasulullah serta sebagai warna keislaman. Manakala warna putih adalah warna kesucian hati para pendidik dalam menyebarkan ilmu. Warna biru pula bermaksud perpaduan yang erat wujud antara para pendidik dan pelajar-pelajar SMU (A) Nurul Huda. Warna kuning ialah warna Di-Raja dan merupakan lambang kedaulatan terhadap Sultan yang memerintah.
            Ungkapan bahasa arab ‘man sobharo zofaro’ bermaksud ‘siapa yang bersabar akan beroleh kejayaan’. Ungkapan ini amat sesuai dan bertepatan dengan agama Islam yang memang mahukan umatnya sentiasa bersabar dalam setiap kerja dan amal ibadat yang dilakukan kerana sabar itu sebahagian daripada iman. 

No comments:

Post a Comment

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...