JAWATANKUASA UNIT KANTIN SEKOLAH



Pengerusi                           :                 Pengetua
Timbalan Pengerusi           :                 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1               :                 Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2               :                 Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras                         :                 Pn. Azminiza binti Aziz
AJK                                   :                 PK Pentadbiran
                                          :                 PK Kokurikulum
                                          :                 Wakil PIBG/Ibubapa
                                          :                 Ketua Pengawas
                                          :                 Wakil Staf Sokongan

Bidang tugas :

·            Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Yayasan Islam Kelantan, Kementerian Pelajaran /Kesihatan.
·            Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
·            Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
·            Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya.
·            Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
·            Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
·            Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah.
·            Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
·            Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
·            Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain muslin/ disimpan dalam bekas yang bertutup.
·            Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
·            Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
·            Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
·            Membuat laporan mingguan di dalam buku / borang laporan kantin.
·            Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEP tentang prestasi kantin.
·            Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.
·            Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.


Guru Kantin
·         Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa kantin yang terdiri dari guru-guru dan pelajar-pelajar.
·         Memastikan kebersihan dan ketenteraman di kantin sentiasa terkawal.
·         Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan pemajak.
·         Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan di kantin.
·         Memastikan kebersihan serta mutu makanan terjamin.
·         Memahami sepenuhnya kandungan peraturan yang dikenakan kepada pemajak supaya jika ada apa-apa yang menyalahi undang-undang/peraturan dapat diketahui dengan segera.
·         Menjadi ahli jawatankuasa tender kantin.
·         Menentukan peraturan kesihatan dipatuhi oleh pihak pemajak.
·         Memastikan pelajar-pelajar tidak membeli makanan di luar kawasan sekolah semasa persekolahan.
·         Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...