Saturday, July 14, 2018

Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri 2018

Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri 2018 Majlis Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri 2018 telah diadakan serentak pada 12 Julai yang lalu. Majlis dimulakan dengan sesi fotografi setiap tingkatan dan semua staf SMU(A) Nurul Huda Kajang Sebidang.

Majlis yang penuh warna warni di mana setiap pelajar dan guru kelihatan cantik dan kacak dengan memakai baju raya masing-masing dimulakan dengan aktiviti sukan untuk guru-guru. Terdapat tiga acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Mengisi Air dalam Botol, Membawa Air di atas kerta Mahjong dan Membawa Bola Ping Pong.

Acara dewan pula dimulakan dengan nyanyian dan karaoke lagu-lagu raya. Seterusnya semua guru menyanyikan lagu keramat Kami Guru Malaysia. Acara seterusnya, guru-guru dohoburkan dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar dan dipersembahkan dengan tayangan video hasil kreativiti pelajar-pelajar SMU(A) Nurul Huda.

Kemuncak acara pula adalah cabutan bertuah dan pembahagian hadiah bagi pemenang dalam pertandingan permaianan sebelum itu. Sebagai penutup, guru-guru dihidangkan dengan makanan dan aneka kuih sebelum majlis bersurai.

Disini admin ingin megucapkan Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SMU(A) Nurul Huda. Gambar Raya Setiap Tingkatan

PESKO 2018

PESKO 2018 Pesta Sukan Sekolah atau PESKO telah diadakan semenjak bulan Febuari lagi telah mencapai kemuncaknya pada hari Isnin 9 Julai yang lalu apabila semua acara akhir dan majlis penyampaian hadiah diadakan dengan jayanya.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk setiap kontingen rumah sukan di mana setiap rumah sukan mempamerkan kreativiti pasukan masing-masing  dalam menghias sepandukdan, maskot dan pakian mengikut tema serta menunjukkan perpaduan dalam kawad perbarisan yang mana markah perbarisan telah diadili oleh pihak penradbir sekolah.

Seterusnya acara pertandingan dimulakan dengan pertandingan bola sepak dan bola jaring. Ini diikuti dengan pertandingan bola tampar perempuan dan sepak takraw. Acara ping pong lelaki dan perempuan serta bola tampar lelaki menjadi slot akhir sebelum acara penyampaian hadiah diadakan dan disempunakan oleh PK 1.

Tahniah buat rumah Saidina Abu Bakar yang menjadi juara keseluruhan untuk tahun ini.
Berikut merupakan jumlah markah keseluruhan bagi setiap acara yang dipertandingkan dalam PESKO 2018.

NAMA RUMAH SUKAN
ACARA/PUNGUTAN MATA
PR
RD L
RD P
BT L
BT
P
PP
L
PP
P
BS
BJ
ST
Total
Ranking
SAIDINA UMAR (MERAH)
30
54
119
10
10
20
30
40
40
30
383
2
SAIDINA UTHMAN (BIRU)
20
16
24
30
40
30
10
10
10
20
210
4
SAIDINA ABU BAKAR (KUNING)
40
146
41
40
20
40
20
30
20
40
437
1
SAIDINA ALI (HIJAU)
10
18
60
20
30
10
40
20
30
10
248
3

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Ustazah Fatimah

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan Ustazah Fatimah

Ustazah Fatimah telah menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 2018. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengadakan majlis Lambian Kasih Sanjungan Budi untuk meraikan Ustazah Fatimah yang telah menyumbang bakti dan tenaga yang tidak terhingga buat SMU(A) Nurul Huda.

Patah tumbuh hilang berganti, tapi yang berganti tidak akan sama sekali sama dengan yang hilang. Walau bagaimanapun, kita kena redha bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Untuk itu, seluruh warga SMU(A) Nurul Huda mengucapkan selamat bersara buat Ustazah Fatimah.

Semoga Ustazah Fatimah sentiasa di bawah lindungan Ilahi, dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya.

Tuesday, April 17, 2018

Latihan Bola Sepak MSSD Tumpat 2018

latihan bola sepak mssd tumpat 2018
Permainan bola sepak merupakan antara acara wajib yang dinantikan setiap tahun oleh para pelajar. Untuk tahun ini, pertandingan bola sepak peringkat MSSD Tumpat akan diadakan pada 25 April 2018 bertempat di padang SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan.

SMU(A) Nurul Huda diundi dalam pasukan C bersama dengan SMKA Falahiah, SMK Dato' Bijiwangsa dan SMK Berangan, Para pemain bertekad akan memberikan saingan yang sengit dalam perlawanan kali ini, bagi menebus kekalahan pada tahun lepas.

Sebagai persediaan, latihan bola sepak sedang giat berlangsung setiap petang bermula pada pagi ini, dan dikawalselia dan dilatih oleh Ustaz Saidatul Syahiran, E. Suhaimi Ibrahim dan En. Mohd Syaiful Azwan bin Ismail.

Semoga pasukan sekolah akan mendapat kemenangan insyaAllah.

Kita Naib Johan Pertandingan Blog!

PERTANDINGAN MEMBINA BLOG 2018
Tahniah pihak sekolah ucapkan kepada pasukan bloggers sekolah yang berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan membina blog anjuran Yayasan islam Kelantan peringkat Kumpulan SMUA yang bertempat di SMU(A) Maheliah Geting pada 16 April yang lalu.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut:

RANKING
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
JOHAN
SMU (A) MAHELIAH
GETING
NAIB JOHAN
SMU(A) NURUL HUDA
KAJANG SEBIDANG
KETIGA
SMU(A)  ISMAILIAH
BINJAI MANIS
SAGUHATI
SMU(A) AL-ULUM
PADANG EMBUN
SAGUHATI
SMU(A) TARBIAH DINIAH
BUNUT SARANG BURUNG

Friday, April 13, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG PENGGAL 2018-2020

...
Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan dengan jayanya pada 13 April 2018 dan dirasmikan oleh Dato' Haji Muhammad Bin Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini menyaksikan pelantikan pengerusi dan AJK PIBK bagi penggal 2018-2020.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMU(A) NURUL HUDA 2017

...
Majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada 13 April 2018 serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG. Pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, SMU dan PT3 serta Peperiksaan Akhir Tahun 2017 diberikan penghargaan dalam bentuk saguhati dan disampaikan oleh Datuk Mihammad Bin Ali, Exco Pendidikan Negeri Kelantan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Wednesday, April 11, 2018

Kita Johan Syarahan Bahasa Arab!



Tahniah diucapkan kepada peserta syarahan Bahasa Arab Perempuan Kategori A dan B kerana berjaya mendapat johan dan naib johan dalam petandingan Syarahan Bahasa Arab KSSYIK Zon 3 bertempat di SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat.

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...