Tuesday, April 17, 2018

Latihan Bola Sepak MSSD Tumpat 2018

latihan bola sepak mssd tumpat 2018
Permainan bola sepak merupakan antara acara wajib yang dinantikan setiap tahun oleh para pelajar. Untuk tahun ini, pertandingan bola sepak peringkat MSSD Tumpat akan diadakan pada 25 April 2018 bertempat di padang SMK Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan.

SMU(A) Nurul Huda diundi dalam pasukan C bersama dengan SMKA Falahiah, SMK Dato' Bijiwangsa dan SMK Berangan, Para pemain bertekad akan memberikan saingan yang sengit dalam perlawanan kali ini, bagi menebus kekalahan pada tahun lepas.

Sebagai persediaan, latihan bola sepak sedang giat berlangsung setiap petang bermula pada pagi ini, dan dikawalselia dan dilatih oleh Ustaz Saidatul Syahiran, E. Suhaimi Ibrahim dan En. Mohd Syaiful Azwan bin Ismail.

Semoga pasukan sekolah akan mendapat kemenangan insyaAllah.

Kita Naib Johan Pertandingan Blog!

PERTANDINGAN MEMBINA BLOG 2018
Tahniah pihak sekolah ucapkan kepada pasukan bloggers sekolah yang berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan membina blog anjuran Yayasan islam Kelantan peringkat Kumpulan SMUA yang bertempat di SMU(A) Maheliah Geting pada 16 April yang lalu.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut:

RANKING
NAMA SEKOLAH
ALAMAT BLOG
JOHAN
SMU (A) MAHELIAH
GETING
NAIB JOHAN
SMU(A) NURUL HUDA
KAJANG SEBIDANG
KETIGA
SMU(A)  ISMAILIAH
BINJAI MANIS
SAGUHATI
SMU(A) AL-ULUM
PADANG EMBUN
SAGUHATI
SMU(A) TARBIAH DINIAH
BUNUT SARANG BURUNG

Friday, April 13, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG PENGGAL 2018-2020

...
Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan dengan jayanya pada 13 April 2018 dan dirasmikan oleh Dato' Haji Muhammad Bin Awang, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini menyaksikan pelantikan pengerusi dan AJK PIBK bagi penggal 2018-2020.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMU(A) NURUL HUDA 2017

...
Majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang telah diadakan pada 13 April 2018 serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG. Pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, SMU dan PT3 serta Peperiksaan Akhir Tahun 2017 diberikan penghargaan dalam bentuk saguhati dan disampaikan oleh Datuk Mihammad Bin Ali, Exco Pendidikan Negeri Kelantan. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Wednesday, April 11, 2018

Kita Johan Syarahan Bahasa Arab!



Tahniah diucapkan kepada peserta syarahan Bahasa Arab Perempuan Kategori A dan B kerana berjaya mendapat johan dan naib johan dalam petandingan Syarahan Bahasa Arab KSSYIK Zon 3 bertempat di SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat.

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...