
Majlis yang penuh warna warni di mana setiap pelajar dan guru kelihatan cantik dan kacak dengan memakai baju raya masing-masing dimulakan dengan aktiviti sukan untuk guru-guru. Terdapat tiga acara yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Mengisi Air dalam Botol, Membawa Air di atas kerta Mahjong dan Membawa Bola Ping Pong.
Acara dewan pula dimulakan dengan nyanyian dan karaoke lagu-lagu raya. Seterusnya semua guru menyanyikan lagu keramat Kami Guru Malaysia. Acara seterusnya, guru-guru dohoburkan dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar dan dipersembahkan dengan tayangan video hasil kreativiti pelajar-pelajar SMU(A) Nurul Huda.
Kemuncak acara pula adalah cabutan bertuah dan pembahagian hadiah bagi pemenang dalam pertandingan permaianan sebelum itu. Sebagai penutup, guru-guru dihidangkan dengan makanan dan aneka kuih sebelum majlis bersurai.
Disini admin ingin megucapkan Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SMU(A) Nurul Huda.
