Sunday, February 24, 2019

KEM JATI DIRI 2019

Nama Program : Kem Jati Diri 2019
Tarikh: 21-23 Febuari 2019
Tempat: Lata Telaga Bijih, Tanah Merah.
Bil. peserta : 80 orang


Saturday, February 23, 2019

PESKO 2019

Pesta Sukan Sekolah 2019 telah berlangsung dengan meriahnya pada 18, 19 dan 20 Feb 2019. Hari pertama menyaksikan pertandingan beberapa perlawanan antaranya Bola Tampar,Sepak Takraw, Badminton dan Ping Pong. Hari kedua merupakan hari yang paling meriah kerana pertandingan perbarisan antara rumah sukan dijalankan pada sebelah pagi. Tema perbarisan pada tahun ini adalah "Pahlawan Melayu Melaka" bagi pelajar lelaki dan "Srikadi Islam" bagi pelajar perempuan. Acara perbarisan ini turut disaksikan oleh Y.B Tn. Hj. Wan Roslan Bin Wan Hamat, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau turut memberikan ucapan seterusnya merasmikan pembukaan PESKO dengan memanag belon kejohanan. Acara perasmian turut digamatkan dengan acara tarik tali antara pelajar menentang guru lelaki.
Acara seterusnya adalah perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring. Manakala acara ping pong berlangsung pada sebelah tengahari di dalam dewan. Hari terakhir PESKO dimulakan dengan pertandingan Badminton Kategori Lelaki dan Bola Tampar Kategori Perempuan. Acara seterusnya pula merupakan acara padang dimana pertandingan lompat jauh dan pecut 100M dijalankan. Acara kemuncak sebagai penutup kejohanan adalah acara tarik tali dimana suasana padang gamat dengan sorakan penyokong-penyokong rumah sukan yang masing memberikan sokongan pada pasukanmasing-masing. Acara pembahagian hadiah dan medal berlangsung pada sebelah petangnya dimana ucapan penutup kejohanan disempurnakan oleh Mudir. Tahun ini Johan adalah Rumah Saidina Abu Bakar iaitu kuning dengan pungutan mata sebanya 650, didikuti oleh Rumah Saidina Umar, Merah selaku Naib Johan dengan pungutan mata sebanyak 610. Ketiga milih rumah Saidina Ali dengan mata sebanyak 510 dan keempat Rumah Saidina Uthman dengan mata sebanya 450. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...