Saturday, July 13, 2019

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019



Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Perkhemahan ini disertai oleh 80 orang pelajar mewakili Kadet Polis, Kadet Bomba, Pertubuhan Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Seramai 10 orang guru turut terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. 

Pelajar bertolak dari sekolah sekitar jam 9.00 pagi dengan menaiki dua buah bas dan tiba di Lata Kolam Air Deru pada jam 12 tengah hari. Aktiviti pertama pelajar setelah selesai mendirikan khemah dan pengurusan diri adalah Combat Archery dan Obstacle Course. Combat Archery merupakan perlawanan memanah antara pasukan manakala Obstacle Course merupakan laluan berhalangan. 

Selesai aktiviti tersebut, pelajar seterusnya menjalani latihan kawad oleh Kem Komander Encik
Combat Archery
Shamsul.. Pada sebelah malam pula, para pelajar didedahkan dengan cara menggunakan kompas dalam Compass Orientering. Jam 11.00 malam bermula lah program yang dinamakan Solo Night Walk dimana pelajar dibawa ke dalam hutan dengan mata tertutup. Mereka seterusnya dikehendaki untuk mencari laluan pulang secara sendiri. Program ini akan menguji keberanian peserta.

Hari kedua para peserta menjalankan aktiviti hiking melalui denai hutan yang mencabar. Mereka perlu meredah hutan sejauh 3 kilometer untuk sampai ke Air Terjun dengan melalui jalan yang berbukit dan laluan sempit dan curam. Walaupun aktiviti mencabar fizikal dan ketahanan, segala penat lelah pendakian hilang setelah para peserta dibenarkan untuk mandi manda di kawasan air terjun  dengan pemandangan yang menenangkan serta air yang sangat jernih. 

Obstacle Course
Pada sebelah petang pula, para peserta dibawa ke Pengkalan Hilir untuk aktiviti water confident. Pihak JPAM sendiri yang menjadi jurulatih untuk aktiviti ini. Para peserta dikehendaki untuk masuk ke dalam air dan bergerak merentasi jeram yang dalam dengan berpegang pada tali yang telah diikat. Usai acara tersebut, para peserta seterusnya berada dalam kumpulan untuk aktivi mencari harta karun berpandukan kompas yang telah diajar dalam sesi sebelumnya. 

Pada sebelah malam pula merupakan malam kebudayaan dimana pelajar dikehendaki untuk mempamerkan bakat lakonan masing-masing.
Solo Night Walk
Acara ini diakhiri dengan jamuan dan BBQ. 

Hari terakhir para peserta didedahkan dengan aktiviti Flying Fox. Mereka dikehendaki naik ke platform dan bergayut merentasi sungai. Ianya akan menguji keberanian khususnya mereka yang gayat atau takut pada ketinggian. Alhamdulillah semua peserta berjaya melakukan cabaran ini. 

Perkhemahan berakhir setelah acara perasmian penutup disempurnakan oleh pengetya SMU(A) Nurul Huda Ustaz Mat Daud Bin Awang. Para pelajar bertolak pulang pada jam 1 tengah hari dan sampai ke perkarangan sekolah pada jam 4 petang. 



Featured Post

PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2019

Perkhemahan Agung Unit Beruniform telah dijalankan pada 3-5 Julai 2019 bertempat di Lata Kolam Air Deru Ecopark, Jerteh, Terengganu. Pe...